Tuesday, October 1, 2013

Cara Mendidik Anak Balita Yang Baik


CARA MENDIDIK ANAK BALITA YANG BAIK



            Tahap kecerdasan anak-anak bermula sejak usia 12 bulan. Ketika itu semuanya adalah perkara baru bagi mereka dan ini menyebabkan mereka mempunyai perasaan ingin tahu. Pengajaran yang betul dan tepat menyebabkan mereka belajar lebih cepat dan lebih mudah. Jika anda tidak mendidik anak anda dengan baik ketika mereka masih kecil, anda akan mengalami kesulitan untuk memperbaikinya ketika sudah besar.


1.      Mengajar ungkapan mudah

Setiap kata yang ibu bapa katakana atau setiap tindakan yang ibu bapa lakukan akan diingati dan diikuti oleh anak-anak. Oleh itu, mulakan dengan mengajar anak-anak ungkapan yang mudah dan sederhana seperti Terima Kasih, Tolong, Masuklah, Selamat Pagi, Selamat Malam dan lain-lainnya. Sebagai contoh, apabila ibu atau bapa mahukan anak-anak untuk memberikan atau mengambilkan sesuatu, ibu bapa boleh menunjukkan kepada objek yang dikehendaki dengan mengatakan tolong. Dan ketika objek itu diserahkan oleh anak-anak, ucaplah terima kasih. Ketika ibu bapa sedang marah atau bergaduh, elakkan mengeluarkan kata-kata yang kasar di hadapan anak-anak.

 
2.      Mengajar tentang warna

Belajar warna adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kumpulkan beberapa alat mainan berwarna atau bola untuk bermain. Pilih mainan dan minta anak-anak untuk menyebutkan nama warna. Sekiranya mereka tidak dapat menjawab, beritahu mereka jawapan yang betul. Ulangi proses ini sehingga anak-anak mengenal warna.

 
3.      Mengajar berjalan

Langkah ketika berjalan yang betul adalah perlu untuk menghindari perubahan struktur tubuh badan anak-anak. Ketika anak-anak mula merangkak, lalu ke posisi berdiri, bantulah anak-anak berjalan dengan memegang tangan mereka. Pastikan anak-anak tidak membongkok ketika berjalan.


4.      Mengajar anak-anak tidur

Ajarkan anak-anak untuk tidur lebih awal dan pastikan mereka memiliki waktu tidur yang mencukupi. Biasakan anak-anak untuk tidut di siang hari.


5.      Mengajar mengemaskan mainan

Ajarkan anak-anak bersikap bertanggungjawab dengan mengemaskan mainan selepas bermain. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa bertanggungjawab sehingga mereka membesar.

 
6.      Menunjukkan rasa kasih sayang

Perkara pertama yang harus dilakukan dalam mendidik anak-anak adalah menunjukkan rasa cinta kasih sayang sebagai sumber perilaku yang positif dalam pengasuhan anak-anak. Pastikan bahawa ibu bapa selalu menunjukkan perhatian dan kasih melebihi pujian atau hukuman. Rasa cinta dan kasih sayang ini boleh ditunjukkan dengn memberikan pelukan, ciuman dan ketulusan dalam setiap tindakan. Perhatian dan pujian yang diberikan merupakan pola yang baik dalam mendidik anak-anak agar selalu berkelakuan baik.


7.      Menerima keadaan anak-anak seadanya

Seiring dengn perkembangannya, maka anak-anak akan menunjukkan ciri-ciri keperibadian mereka. Ciri-ciri keperibadian ini akan mereka perolehi melalui pembelajaran mereka. Mendidik anak-anak agar menunjukkan tingkah laku yang baik boleh dilakukan dengan mencari perkara positif daripada kebiasaan negatif mereka.


8.      Utamakan pendidikan agama

Agama adalah keutamaan dalam membentuk akhlak yang soleh, perilaku dan tabiat yang mencerminkan keperibadian yang baik. Mendidik anak-anak dengan pendidikan agama merupakan langkaha awal untuk menjadikan anak-anak yang soleh dan solehah.


9.      Memahami sifat dan karakter anak-anak

Ibu bapa yang baik akan berusaha memahami sifat dan karakter anak-anak mereka. Ada anak yang sejak awal sudah menunjukkan karakter seperti pemalu, periang, introvert mahupun extrovert. Sebaiknya, layan mereka sesuai dengan sifat dan karakter mereka dan jangan memaksa anak-anak menjadi karakter atau sifat yang lain.


10.  Hargai setiap perilaku anak-anak

Menghargai setiap perilaku baik anak-anak dan hukumlah mereka sekali sekala. Jika anak-anak melakukan kesalahan, jangan terus dimarahi. Tetapi mencari sebab mengapa mereka melakukan sedemikian serta mengajak mereka berfikir sama ada perkara yang dilakukan adalah sesuatu yang baik atau tidak. Bersikap tenang kerana setiap perilaku anak-anak adalah proses mencari jati diri atau identiti mereka.


11.  Mengajak anak-anak bercakap dalam perbincangan

Libatkan anak-anak dalam perbincangan keluarga dan dengarlah pendapat mereka. Lakukan sejak mereka kecil. Perbincangan yang pelbagai boleh dilakukan seperti pemilihan pakaian, makanan, destinasi perlancongan dan hal-hal ringan yang lain. Hal ini penting untuk membentuk kepercayaan dalam diri.


12.  Manfaatkan masa bersama anak-anak

Jika ada ibu bapa yang bekerja, maka bijaklah menggunakan kesempatan masa yang terbatas untuk berkomunikasi dengan anak anda seefektif mungkin. Dalam gurauan, cuba dapatkan informasi yang penting tentang kehidupan seharian anak-anak. Contohnya, ajaklah anak-anak berbual dengan santai tentang pelbagai hal ketika anda dalam perjalanan menghantar mereka ke sekolah. Gunakan kesempatan untuk menanamkan nilai-nilai positif ketika ibu bapa menemani anak-anak menonton televisyen.


13.  Luangkan waktu bersama anak-anak

Meluangkan waktu khusus untuk berdua dengan anak merupakan hal yang penting untuk menumbuhkan ikatan batin antara ibu bapa dan anak-anak. Manfaatkan kesempatan berdua untuk memahami dan mendekatkan diri dengan anak-anak. Ibu bapa boleh memanfaatkan waktu tersebut bermula daripada saat anak-anak bangun daripada tidur sehinggalah tiba waktu untuk mereka tidur, bermain bersama, menonton televisyen bersama, pergi bercuti dan sebagainya.

 
14.  Mengajar disiplin diri

Jika anak-anak sudah dibiasakan untuk berdisiplin daripada kecil, maka mereka akan menjadi keperibadian mereka setelah dewasa. Terapkan disiplin bermula dengan hal-hal yang kecil dan mudah seperti menggosok gigi, merapikan tempat tidur, mengemas mainan selepas digunakan dan sebagainya.

 
15.  Berikan contoh teladan yang baik

Anak-anak adalah peniru yang hebat. Oleh itu, berhati-hatilah dalam bertingkah laku. Anak-anak berusia setahun ke lima tahun memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Mereka mempelajari perilaku melalui pemerhatian mereka terhadap perilaku ibu bapa. Maka, berkelakuan yang baik dan hindari penggunaan kata-kata yang kasar atau kesat kerana apa yang diucapkan serta perilaku yang ditunjukkan oleh ibu bapa merupakan modal anak-anak untuk ditiru dan diikuti.

 
16.  Berkomunikasi dengan baik terhadap anak-anak

Komunikasi yang dilakukan perlulah jelas dan lembut. Ketika anda memberikan perintah kepada anak-anak, berikan perintah yang spesifik dengan menggunakan ayat yang jelas untuk menghindari kekeliruaan bagi mereka.

 
17.  Bersabar dan menahan marah

Perilaku anak-anak kadang kala membuatkan ibu bapa berasa kesal dan menjengkelkan. Sebagai ibu bapa, janganlah cepat marah, harus bersikap sabar di hadapan anak-anak. Jangan jadikan anak-anak mangsa bebelan, mangsa luahan emosi atau membuatkan ibu bapa tidak menghiraukan anak-anak ini.


18.  Berikan penghargaan terbaik untuk anak-anak

Cuba latih diri anda supaya sentiasa memberikan penghargaan terhadap setiap keberhasilan yang dilakukan oleh anak-anak walaupu ianya hanyalah perkara yang kecil. Berikan penghargaan yang tulus atas tugas-tugas sederhana yang boleh dilakukan oleh anak-anak. Penghargaan ini bertujuan memberi semangat kepada anak-anak untuk melakukan tugasan lain yang lebih berat.
 

19.  Menjadi pendengar yang baik

Cubalah untuk mendengar anak-anak berbicara sebelum menghakimi. Ibu bapa perlu menahan diri untuk tidak memikirkan atau memberikan pendapat amda sendiri. Dengarkanlah dengan hati yang terbuka.


20.  Ciptakan suasan yang hangat dan harmoni

Ajaklah anak-anak makan di luar sebulan sekali atau dua kali. Solat berjemaah di masjid, pergi bercuti, berkelah merupakan antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengembalikan suasan harmoni dalam keluarga.

 
21.  Mendidik anak-anak untuk hidup bersederhana

Banyak fakta yang menunjukkan bahawa anak-anak yang berjaya adalah berasal daripada keluarga yang sederhana. Hal ini kerana kesederhanaan yang anak-anak alami menjadi salah satu gaya kehidupannya.