CARA MENDIDIK ANAK
BALITA YANG BAIK
Tahap kecerdasan anak-anak bermula
sejak usia 12 bulan. Ketika itu semuanya adalah perkara baru bagi mereka dan
ini menyebabkan mereka mempunyai perasaan ingin tahu. Pengajaran yang betul dan
tepat menyebabkan mereka belajar lebih cepat dan lebih mudah. Jika anda tidak
mendidik anak anda dengan baik ketika mereka masih kecil, anda akan mengalami
kesulitan untuk memperbaikinya ketika sudah besar.
1. Mengajar
ungkapan mudah
Setiap kata yang ibu
bapa katakana atau setiap tindakan yang ibu bapa lakukan akan diingati dan
diikuti oleh anak-anak. Oleh itu, mulakan dengan mengajar anak-anak ungkapan
yang mudah dan sederhana seperti Terima Kasih, Tolong, Masuklah, Selamat Pagi,
Selamat Malam dan lain-lainnya. Sebagai contoh, apabila ibu atau bapa mahukan
anak-anak untuk memberikan atau mengambilkan sesuatu, ibu bapa boleh
menunjukkan kepada objek yang dikehendaki dengan mengatakan tolong. Dan ketika
objek itu diserahkan oleh anak-anak, ucaplah terima kasih. Ketika ibu bapa
sedang marah atau bergaduh, elakkan mengeluarkan kata-kata yang kasar di
hadapan anak-anak.
2. Mengajar
tentang warna
Belajar warna adalah
sesuatu yang menyeronokkan. Kumpulkan beberapa alat mainan berwarna atau bola
untuk bermain. Pilih mainan dan minta anak-anak untuk menyebutkan nama warna.
Sekiranya mereka tidak dapat menjawab, beritahu mereka jawapan yang betul.
Ulangi proses ini sehingga anak-anak mengenal warna.
3. Mengajar
berjalan
Langkah ketika berjalan
yang betul adalah perlu untuk menghindari perubahan struktur tubuh badan
anak-anak. Ketika anak-anak mula merangkak, lalu ke posisi berdiri, bantulah
anak-anak berjalan dengan memegang tangan mereka. Pastikan anak-anak tidak
membongkok ketika berjalan.
4. Mengajar
anak-anak tidur
Ajarkan anak-anak untuk
tidur lebih awal dan pastikan mereka memiliki waktu tidur yang mencukupi.
Biasakan anak-anak untuk tidut di siang hari.
5. Mengajar
mengemaskan mainan
Ajarkan anak-anak
bersikap bertanggungjawab dengan mengemaskan mainan selepas bermain. Keadaan
ini menyebabkan anak-anak berasa bertanggungjawab sehingga mereka membesar.
6. Menunjukkan
rasa kasih sayang
Perkara pertama yang
harus dilakukan dalam mendidik anak-anak adalah menunjukkan rasa cinta kasih
sayang sebagai sumber perilaku yang positif dalam pengasuhan anak-anak.
Pastikan bahawa ibu bapa selalu menunjukkan perhatian dan kasih melebihi pujian
atau hukuman. Rasa cinta dan kasih sayang ini boleh ditunjukkan dengn
memberikan pelukan, ciuman dan ketulusan dalam setiap tindakan. Perhatian dan
pujian yang diberikan merupakan pola yang baik dalam mendidik anak-anak agar
selalu berkelakuan baik.
7. Menerima
keadaan anak-anak seadanya
Seiring dengn
perkembangannya, maka anak-anak akan menunjukkan ciri-ciri keperibadian mereka.
Ciri-ciri keperibadian ini akan mereka perolehi melalui pembelajaran mereka.
Mendidik anak-anak agar menunjukkan tingkah laku yang baik boleh dilakukan
dengan mencari perkara positif daripada kebiasaan negatif mereka.
8. Utamakan
pendidikan agama
Agama adalah keutamaan
dalam membentuk akhlak yang soleh, perilaku dan tabiat yang mencerminkan
keperibadian yang baik. Mendidik anak-anak dengan pendidikan agama merupakan
langkaha awal untuk menjadikan anak-anak yang soleh dan solehah.
9. Memahami
sifat dan karakter anak-anak
Ibu bapa yang baik akan
berusaha memahami sifat dan karakter anak-anak mereka. Ada anak yang sejak awal
sudah menunjukkan karakter seperti pemalu, periang, introvert mahupun
extrovert. Sebaiknya, layan mereka sesuai dengan sifat dan karakter mereka dan
jangan memaksa anak-anak menjadi karakter atau sifat yang lain.
10. Hargai
setiap perilaku anak-anak
Menghargai setiap
perilaku baik anak-anak dan hukumlah mereka sekali sekala. Jika anak-anak
melakukan kesalahan, jangan terus dimarahi. Tetapi mencari sebab mengapa mereka
melakukan sedemikian serta mengajak mereka berfikir sama ada perkara yang
dilakukan adalah sesuatu yang baik atau tidak. Bersikap tenang kerana setiap
perilaku anak-anak adalah proses mencari jati diri atau identiti mereka.
11. Mengajak
anak-anak bercakap dalam perbincangan
Libatkan anak-anak
dalam perbincangan keluarga dan dengarlah pendapat mereka. Lakukan sejak mereka
kecil. Perbincangan yang pelbagai boleh dilakukan seperti pemilihan pakaian,
makanan, destinasi perlancongan dan hal-hal ringan yang lain. Hal ini penting untuk
membentuk kepercayaan dalam diri.
12. Manfaatkan
masa bersama anak-anak
Jika ada ibu bapa yang
bekerja, maka bijaklah menggunakan kesempatan masa yang terbatas untuk
berkomunikasi dengan anak anda seefektif mungkin. Dalam gurauan, cuba dapatkan
informasi yang penting tentang kehidupan seharian anak-anak. Contohnya, ajaklah
anak-anak berbual dengan santai tentang pelbagai hal ketika anda dalam
perjalanan menghantar mereka ke sekolah. Gunakan kesempatan untuk menanamkan
nilai-nilai positif ketika ibu bapa menemani anak-anak menonton televisyen.
13. Luangkan
waktu bersama anak-anak
Meluangkan waktu khusus
untuk berdua dengan anak merupakan hal yang penting untuk menumbuhkan ikatan
batin antara ibu bapa dan anak-anak. Manfaatkan kesempatan berdua untuk
memahami dan mendekatkan diri dengan anak-anak. Ibu bapa boleh memanfaatkan
waktu tersebut bermula daripada saat anak-anak bangun daripada tidur
sehinggalah tiba waktu untuk mereka tidur, bermain bersama, menonton televisyen
bersama, pergi bercuti dan sebagainya.
14. Mengajar
disiplin diri
Jika anak-anak sudah
dibiasakan untuk berdisiplin daripada kecil, maka mereka akan menjadi
keperibadian mereka setelah dewasa. Terapkan disiplin bermula dengan hal-hal
yang kecil dan mudah seperti menggosok gigi, merapikan tempat tidur, mengemas
mainan selepas digunakan dan sebagainya.
15. Berikan
contoh teladan yang baik
Anak-anak adalah peniru
yang hebat. Oleh itu, berhati-hatilah dalam bertingkah laku. Anak-anak berusia
setahun ke lima tahun memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Mereka
mempelajari perilaku melalui pemerhatian mereka terhadap perilaku ibu bapa.
Maka, berkelakuan yang baik dan hindari penggunaan kata-kata yang kasar atau
kesat kerana apa yang diucapkan serta perilaku yang ditunjukkan oleh ibu bapa
merupakan modal anak-anak untuk ditiru dan diikuti.
16. Berkomunikasi
dengan baik terhadap anak-anak
Komunikasi yang
dilakukan perlulah jelas dan lembut. Ketika anda memberikan perintah kepada
anak-anak, berikan perintah yang spesifik dengan menggunakan ayat yang jelas
untuk menghindari kekeliruaan bagi mereka.
17. Bersabar
dan menahan marah
Perilaku anak-anak
kadang kala membuatkan ibu bapa berasa kesal dan menjengkelkan. Sebagai ibu
bapa, janganlah cepat marah, harus bersikap sabar di hadapan anak-anak. Jangan
jadikan anak-anak mangsa bebelan, mangsa luahan emosi atau membuatkan ibu bapa
tidak menghiraukan anak-anak ini.
18. Berikan
penghargaan terbaik untuk anak-anak
Cuba latih diri anda
supaya sentiasa memberikan penghargaan terhadap setiap keberhasilan yang
dilakukan oleh anak-anak walaupu ianya hanyalah perkara yang kecil. Berikan
penghargaan yang tulus atas tugas-tugas sederhana yang boleh dilakukan oleh
anak-anak. Penghargaan ini bertujuan memberi semangat kepada anak-anak untuk
melakukan tugasan lain yang lebih berat.
19. Menjadi
pendengar yang baik
Cubalah untuk mendengar
anak-anak berbicara sebelum menghakimi. Ibu bapa perlu menahan diri untuk tidak
memikirkan atau memberikan pendapat amda sendiri. Dengarkanlah dengan hati yang
terbuka.
20. Ciptakan
suasan yang hangat dan harmoni
Ajaklah anak-anak makan
di luar sebulan sekali atau dua kali. Solat berjemaah di masjid, pergi bercuti,
berkelah merupakan antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengembalikan
suasan harmoni dalam keluarga.
21. Mendidik
anak-anak untuk hidup bersederhana
Banyak fakta yang
menunjukkan bahawa anak-anak yang berjaya adalah berasal daripada keluarga yang
sederhana. Hal ini kerana kesederhanaan yang anak-anak alami menjadi salah satu
gaya kehidupannya.
No comments:
Post a Comment